Medina dijangka pulang dalam masa terdekat

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama isteri meluangkan masa sejam menziarahi Medina di China pada Selasa.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama isteri meluangkan masa sejam menziarahi Medina di China pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Kanak-kanak penghidap penyakit biliary atresia, Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq, tiga tahun yang menjalani pembedahan pemindahan hati di China dijangka pulang ke Malaysia Khamis ini.

Bapanya, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 25, berkata, kesihatan anaknya menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan dijalankan pada 23 Disember lalu.

“Alhamdulillah, keadaan Medina semakin baik.

“Insya-ALLAH, dalam masa terdekat ini Medina akan pulang, cuma buat masa ini kami masih belum menerima tarikh discaj,” katanya ketika berkongsi perkembangan terbaharu anaknya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluangkan masa sejam menziarahi Medina di China pada Selasa.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluangkan masa sejam menziarahi Medina di China pada Selasa.

Dalam pada itu, Muhammad Ikmal berkata, mereka sekeluarga teruja menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menziarahi Medina di China pada Selasa.

“Beliau datang bersama keluarga menziarahi Medina di wad sekitar jam 11.30 pagi tadi. Hampir satu jam beliau meluangkan masa menziarahi Medina.

“Kami terharu dengan kunjungan Dr Akmal yang sanggup terbang dari Malaysia ke China untuk melihat sendiri perkembangan Medina,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Derita Medina sebelum ini mendapat perhatian Dr Akmal yang menyumbangkan dana peribadi sebanyak RM120,000 bagi menampung keseluruhan kos pembedahan berjumlah RM180,000.

Sumbangan itu merupakan simpanan beliau untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri, namun digunakan bagi membantu mencukupkan dana demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.

Medina yang ditemani ibu bapanya berangkat ke China pada 18 Disember lalu bagi menjalani pembedahan minggu lalu, manakala Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral.

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak penghidap penyakit biliary atresia, Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq berusia tiga tahun menjalani pembedahan pemindahan hati di China
  • Kesihatan Medina menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan
  • Keluarga Medina menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di China
  • Dr Akmal menyumbangkan RM120,000 daripada dana peribadi untuk menampung kos pembedahan Medina
  • Medina dan keluarganya berangkat ke China pada 18 Disember untuk menjalani pembedahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!