X

Kindly register in order to view this article
!

Senator Sarawak sedia tunggu tarikh baharu Mesyuarat Khas Dewan Negara

Suasana di perkarangan laluan masuk Parlimen dikawal ketat oleh pihak berkuasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Negara mewakili Sarawak, Senator Alan Ling Sie Kiong bersedia menunggu sehingga satu tarikh baharu Mesyuarat Khas Dewan Negara dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hadir ke ibu negara sejak Khamis dan melalui proses persediaan memasuki sidang dewan termasuk menjalani ujian saringan Covid-19.

"Saya sanggup tunggu di sini sedangkan jadual penerbangan terhad. Saya sanggup tunggu supaya ada satu arahan baharu untuk kita bermesyuarat khas.

"Saya ada sini untuk membela nasib rakyat, mahu membawa suara rakyat ke Dewan Negara. Saya bersiap sedia menunggu keputusan dalam minggu ini. Saya tidak akan balik selagi kita tidak ada satu tarikh baru," katanya ketika sidang akhbar di laluan masuk ke bangunan Parlimen pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Dewan Negara serah memorandum mahu sidang diteruskan

Ahli-ahli Dewan Negara PH pula 'redah' ke Parlimen

Pada Selasa, beliau bersama 10 lagi Ahli Dewan Negara hadir ke Parlimen menghantar satu memorandum kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim bagi memohon persidangan Dewan Negara diteruskan.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Negara, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff kepada Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah di perkarangan laluan masuk ke bangunan Parlimen.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara yang mewakili Sabah, Senator Adrian Lasimbang turut senada menyatakan kekesalan beliau kerana tidak dapat menyuarakan suara rakyat Sabah bagi sesi persidangan Dewan Negara kerana telah ditangguhkan.

"Saya sangat kecewa kerana untuk hadir ke persidangan ini, saringan Covid-19 dan melalui kuarantin beberapa hari namun persidangan ditangguhkan.

"Jadi ini sangat memberi kesan kepada rakyat kerana Parlimen tempat tertinggi dalam negara untuk mewujudkan polisi yang sepatutnya," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!