X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka mengukuh dipacu peningkatan harga minyak

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh peningkatan harga minyak mentah.
A
A

RINGGIT mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh peningkatan harga minyak mentah.

Pada jam 9.10 pagi Selasa, ringgit berada pada paras 4.2220/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2255 pada akhir urus niaga pada Isnin.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, harga minyak mentah Brent meningkat walaupun para pelabur mengambil kira risiko terhadap penggunaan berikutan penularan varian Delta Covid-19.

“Bagaimanapun, ringgit dijangka terus ditekan aliran penurunan susulan angka kes Covid-19 manakala pelabur turut memantau perkembangan politik negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1205/1232 daripada 3.1256/1272 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 5.0119/0155 daripada 5.0240/0262.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8660/8702 daripada 5.8794/8815 sebelum ini namun susut berbanding yen kepada 5.8660/8702 daripada 3.8554/8571. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!