X

Kindly register in order to view this article
!

Polis kesan 47 lagi individu perhimpunan 'Keluar dan #Lawan'

Azmi menunjukkan gambar individu yang dikesan pihak polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 47 individu dikesan polis berhubung penglibatan dalam perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' yang diadakan berhampiran Dataran Merdeka pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penganjuran himpunan berkenaan.

"Setakat ini seramai 11 peserta dan penganjur telah hadir bagi memberi keterangan dan sebanyak 19 laporan polis telah dibuat.

"Polis sedang mengesan seramai 47 individu lagi yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan berkenaan berdasarkan rakaman video dan gambar yang diperoleh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta342)," katanya.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengatakan bahawa polis telah mengenal pasti seramai 29 individu dan mereka akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Polis menerima lebih daripada 20 laporan daripada di seluruh negara yang membantah penganjuran perhimpunan berkenaan," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!