Polis terima laporan gangguan seksual kanak-kanak libatkan penceramah motivasi

Pihak polis menggesa sekiranya terdapat mangsa lain yang pernah terlibat dengan penceramah motivasi berkenaan supaya tampil membuat laporan.
Pihak polis menggesa sekiranya terdapat mangsa lain yang pernah terlibat dengan penceramah motivasi berkenaan supaya tampil membuat laporan.
A
A
A

KANGAR - Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak oleh seorang penceramah motivasi pada 26 September lepas.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, laporan itu diterima pada 2.09 pagi dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa sekiranya terdapat mangsa lain yang pernah terlibat dengan penceramah motivasi berkenaan supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Hamzah turut meminta individu yang dinamakan sebagai "Farhaan Rahmat” hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk memberi kerjasama dan keterangan berhubung kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Sharifah Nur Fasihah Syed Sofian di talian 04-949 0824 atau 019-815 1602.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!