Dua pelajar perempuan maut, seorang parah kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

Nahas di Taman Perpaduan Ria, Tambun pada Jumaat mengorbankan dua pelajar perempuan, manakala seorang lagi pelajar cedera parah. Foto JBPM Perak
Nahas di Taman Perpaduan Ria, Tambun pada Jumaat mengorbankan dua pelajar perempuan, manakala seorang lagi pelajar cedera parah. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Dua pelajar perempuan maut selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Taman Perpaduan Ria, Tambun di sini pada Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada jam 7.22 pagi membabitkan motosikal jenis Yamaha EZ115 dengan sebuah Proton Saga.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal mendapati, motosikal berkenaan dinaiki tiga pelajar perempuan dalam perjalanan ke sekolah.

"Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi cedera parah," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera berusia 12 tahun diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan memasang cervical collar sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan memasang cervical collar sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Foto JBPM Perak
Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan memasang cervical collar sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Foto JBPM Perak

"Dua pelajar yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi yang melibatkan tiga anggota bersama sebuah jentera EMRS itu tamat sepenuhnya pada jam 8.33 pagi.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!