X

Kindly register in order to view this article
!

JAIS arah kebumi jenazah Covid-19 di tanah perkuburan ditetapkan

Pasukan pengurusan jenazah lengkap berpakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20 Putrajaya. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 hanya boleh dilakukan di tanah perkuburan yang ditetapkan sahaja.

Menerusi perkongsian sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Unit Kenderaan Van Jenazah yang menggunakan akaun nama Facebook, Mr Wan Cai Official memaklumkan, notis terbabit dikeluarkan JAIS bertarikh 29 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, jadual lokasi pengebumian pada Jumaat telah diaturkan sejak pagi Khamis.

"Tiba-tiba notis dikeluarkan secara mengejut. Maafkan kami kerana tidak dapat memenuhi permintaan waris," kata kenyataan itu pada Khamis.

Pada aplikasi WhatsApp sebelum ini tular kenyataan yang memaklumkan bermula pada Jumaat tanah perkuburan Islam di setiap kariah tidak lagi dibenarkan urusan pengebumian jenazah Covid-19.

Menerusi edaran senarai tanah perkuburan pengebumian jenazah Covid-19 di negeri Selangor yang dikeluarkan JAIS, terdapat 37 tapak untuk pengebumian jenazah Covid-19 yang membabitkan 13 hospital di negeri ini.

Hospital yang terlibat dalam pengurusan jenazah pesakit Covid-19 adalah Hospital Shah Alam, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Hospital lain turut terlibat sama adalah Hospital Selayang, Hospital Kajang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Hospital Banting, Hospital Sabak Bernam, Hospital Tanjong Karang dan Hospital Hulu Selangor.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!