X

Kindly register in order to view this article
!

Kali pertama Jepun catat 10,000 kes Covid-19

Foto Reuters
A
A

TOKYO - Jumlah kes baharu Covid-19 di Jepun mencecah 10,000 buat pertama kali pada Khamis, dengan Tokyo mengalami lonjakan jangkitan yang ketara.

Tokyo mengesahkan tambahan 3,865 kes pada hari yang sama, mencatat rekod untuk hari ketiga berturut-turut dan memberi tekanan kepada kerajaan Perdana Menteri Yoshihide Suga bagi mengambil tindakan pencegahan lebih ketat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Purata kes dalam tempoh seminggu di ibu negara itu meningkat kepada 2224.1 sehari, peningkatan sebanyak 61.9 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Mesyuarat pemantauan kerajaan metropolitan pada Khamis menganggarkan purata kes bagi tempoh seminggu dijangka mencecah 4,532 pada 11 Ogos, tiga hari selepas berakhirnya Olimpik Tokyo.

Meskipun jumlah orang yang mengunjungi kawasan pusat bandar sedikit menurun, lonjakan jangkitan terus berlaku berikutan penularan varian Delta.

Kerajaan telah meletakkan Tokyo di bawah perintah darurat buat kali keempat bermula 12 Julai hingga 22 Ogos, yang banyakan bergantung kepada kerjasama rakyat kerana ia tidak mengenakan langkah sekatan yang ketat seperti dilaksanakan beberapa negara lain. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!