X

Kindly register in order to view this article
!

Tetap buka gerai walaupun pelanggan kurang

Hanya gerai ibu bapa Nurul Aini yang dibuka di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah ketika tinjauan Sinar Harian, pada Rabu.
A
A

KUALA PILAH - Ketiadaan pengunjung ke Hutan Rekreasi Ulu bendul di sini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada peniaga di kawasan berkenaan.

Peniaga-peniaga di kawasan itu sebelum ini bergantung kepada kehadiran pengunjung sebagai sumber pendapatan mereka.

Tinjauan Sinar Harian pada Rabu bagaimanapun mendapati hanya sebuah gerai yang menjual kuih bergoreng serta air minuman di situ yang dibuka seperti biasa.

Walaupun lebih banyak 'termenung' daripada menerima kehadiran pelanggan, namun peniaga, Nurul Aini Adam, 30, berkata, ibu bapanya terpaksa meneruskan perniagaan kerana hanya itu sumber pendapatan utama mereka.

"Kalau tak berniaga macam mana nak dapat duit. Memang nak dapat pelanggan itu susah kerana kawasan rekreasi di sini masih lagi ditutup.

"Tapi adalah juga orang yang datang singgah. Lagipun kalau tak berniaga, kami tak tahu nak buat apa," katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Aini menyusun makanan yang dijual di gerai ibu bapanya di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah.
Nurul Aini menyusun makanan yang dijual di gerai ibu bapanya di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Menurutnya, sejak pelaksanaan PKP 3.0, gerai keluarganya itu dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang atau ada kalanya bergantung kehadiran pelanggan.

Katanya, ibu bapanya terpaksa berniaga seperti biasa kerana banyak hutang yang perlu dibayar.

"Kalau dulu jam 8 pagi kami sudah buka gerai dan tutup jam 7 malam. Dulu tak kisah sebab memang ada orang datang.

"Sekarang tengok pada rezeki. Sasaran pelanggan kami sekarang ialah pemandu lori yang datang berehat di sini," katanya.

Nurul Aini juga mengakui ada kala bimbang soal keselamatan dirinya kerana sejak PKP, kawasan itu agak sunyi dan dikhuatiri menjadi sasaran penjenayah memandangkan hanya gerainya saja dibuka.

"Saya harap cepatlah PKP ini berakhir kerana susah kami nak cari rezeki.

"Sejak 37 tahun lalu, di sinilah tempat ibu bapa saya berniaga. Walaupun pelanggan sekarang kurang, kami tetap buka gerai seperti biasa," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!