Bahan kimia tumpah di gudang LTAPP

Pasukan Hazmat membersihkan bahan kimia yang tertumpah di atas lantai gudang di LTAPP, Bayan Lepas pada Rabu.
Pasukan Hazmat membersihkan bahan kimia yang tertumpah di atas lantai gudang di LTAPP, Bayan Lepas pada Rabu.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini selepas berlaku tumpahan bahan kimia di dalam sebuah gudang di situ pada Rabu.

Pegawai operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.28 petang sebelum sepasukan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) pergi lokasi kejadian.

Beliau berkata, kejadian membabitkan tumpahan sebanyak 1.5 liter bahan kimia jenis Corrosive Liqiud di atas lantai gudang tersebut.

"Komander Hazmat membuat 'size up' dan membuat pengungsian di lokasi kejadian. Semua anggota memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) lengkap ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

"Kerja-kerja pembersihan atau nyahcemar di kawasan yang tercemar dilakukan dengan menggunakan 'soda ash' dan keadaan dilaporkan terkawal. Ketika ini, kerja pembersihan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: