X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin Covid-19: Lebih 3.91 bilion dos didaftar seluruh dunia

A
A

LEBIH 3.91 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.56 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 441 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 341 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.

Manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan lebih 79 juta dos dan Perancis lebih 69 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 64 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia merekodkan lebih 18 juta diikuti Filipina lebih 17 juta dos.

Thailand kini lebih 15 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos. - Sumber Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!