X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM bakal guna dron berteknologi tinggi kawal sempadan

PDRM bakal guna 16 unit dron kuasa bateri berkuasa tinggi bagi penugasan libat pemantauan kawasan sempadan. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan 16 unit dron kuasa bateri yang berkuasa tinggi dilengkapi dengan 'gyro stabilized camera' bagi penugasan melibatkan pemantauan kawasan sempadan.

Pengarah Jabatan dan Logistik Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, dron yang dilengkapi dengan 'electro optical' serta infra merah itu mampu membuat penerbangan dan rakaman visual beresolusi tinggi melibatkan foto, video serta untuk siaran langsung pada waktu siang dan malam.

"Selain itu, dron ini turut merangkumi 'mobile ground station vehicle' yang dilengkapi dengan 'turret tracking antena system', 'weather station' dan portable global navigation satellite system'," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dron itu juga akan digunakan dalam usaha menangani ancaman pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya, PDRM menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan polis memiliki kelengkapan aset terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Kerajaan telah meluluskan cadangan perolehan 16 unit dron jenis vertical take-off and landing (vtol) kepada PDRM dan kelulusan ini di bawah projek perolehan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) dengan unjuran siling projek bernilai RM48 juta.

"Unjuran siling ini adalah anggaran berdasarkan kepada kajian harga pasaran untuk dron berspesifikasi terkini yang sesuai bagi penugasan taktikal/pemantauan PDRM," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!