X

Kindly register in order to view this article
!

Negeri Sembilan capai 100 peratus pendaftaran vaksinasi penduduk dewasa

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SEREMBAN - Negeri Sembilan telah mencapai 100 peratus pendaftaran penduduk berusia 18 tahun ke atas untuk suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, jumlah pendaftaran 815,980 orang itu menunjukkan penduduk di negeri ini menyedari kepentingan vaksin sebagai instrumen melawan wabak Covid-19.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kadar vaksinasi meningkat dan imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Setakat ini 199,526 penduduk di negeri ini telah lengkap menerima vaksin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!