Mayat ditemui terapung dipercayai nelayan hilang

Mayat ditemui pada Isnin dipercayai nelayan yang hilang itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
Mayat ditemui pada Isnin dipercayai nelayan yang hilang itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesahkan menemui mayat seorang lelaki di 7.1 batu nautika barat daya Muara Sungai Langat, di sini sekitar jam 12.50 tengah hari pada Isnin.

Timbalan Pengarah Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Norihan Ngah berkata, identiti mayat yang ditemui terapung itu dipercayai Thineswaran Kesavan, 27, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut pada Jumaat lalu.

“Pengecaman awal oleh keluarga mangsa mempercayai mayat itu adalah Thineswaran yang dilaporkan hilang di perairan Batu Laut.

“Nelayan berasal dari Banting, Selangor itu dikatakan keluar ke laut tanpa memakai jaket keselamatan menggunakan bot jenis pukat hanyut bersama rakannya sebelum dilaporkan terjatuh akibat cuaca buruk,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Norihan, mayat yang ditemui oleh bot Pengawal 26 dibawa ke Jeti Nelayan Kanchong Laut, Banting sebelum diserahkan kepada polis untuk proses pengecaman di Hospital Banting.

Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut melibatkan aset daripada pelbagai agensi itu membabitkan kawasan seluas 106 batu nautika persegi.

Sehubungan itu, menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 3.30 petang pada hari sama manakala Pos Hadapan Carilamat (PHC) di Rumah Penginapan Persekutuan Morib dibubarkan.

Artikel Berkaitan: