X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Ahli Parlimen Jempol tegur menteri

Mohd Salim - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perbahasan pada sesi petang sidang khas Dewan Rakyat kekal panas dengan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif (BN-Jempol) menegur beberapa menteri yang dilihat tidak membantu kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekarang ini.

Mohd Salim berkata, antara menteri itu adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

"Di sini saya ingin menegur Menteri Komunikasi dan Multimedia. Saya lihat menteri ini tidak lagi berperanan untuk membantu menyebarkan segala maklumat.

"Dalam keadaan (pandemik) ini, paling penting adalah bagaimana peranan menteri membantu Perdana Menteri," katanya ketika sesi perbahasan, pada Isnin.

Pada masa sama beliau mempersoalkan tugas dijalankan Rina dalam mengagihkan bantuan kit makanan kepada rakyat yang dikuarantin.

Katanya, pada sesi pagi sidang khas Parlimen itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan berbilion untuk bakul makanan.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana membantu semua ahli Parlimen tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.

"Tapi di mana peranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diberi tanggungjawab menyalurkan bantuan kit makanan kerana di kawasan saya masih ramai kontak rapat Covid, tidak terima bantuan daripda Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Justeru, Mohd Salim mendesak supaya kerajaan mengenal pasti menteri yang tidak berperanan membantu kerajaan untuk tindakan sewajarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!