X

Kindly register in order to view this article
!

926 penduduk di PKPD Apartmen Damai positif Covid-19

Anggota tentera membuka kawad berduri di sekeliling kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Apartmen Damai, PJS 8.
A
A

PETALING JAYA - Seramai 926 penduduk didapati positif Covid-19 menerusi saringan yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Apartmen Damai, PJS 8 di sini.

Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, jumlah jangkitan tersebut merupakan angka yang tertinggi pernah dicatatkan dalam kawasan lokaliti PKPD yang dikuatkuasakan di daerah Petaling.

“Keputusan saringan mendapati 926 atau 40 peratus daripada 2,323 orang yang menjalani calitan jenis reaksi rantai polimerase (PCR) adalah positif Covid-19.

“Untuk makluman, sejak Januari terdapat 303 kes positif (terkumpul) sedia ada di sini. Selepas PKPD maka jumlah keseluruhan ialah 1,229 kes,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar penamatan PKPD di sini lewat malam Ahad.

Hadir sama, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dan Pegawai Perubatan Daerah Petaling, Dr Sudeash Rajakrishnan untuk menyaksikan penamatan PKPD tersebut tepat jam 11.59 malam.

Menurut Johary, hasil perancangan rapi dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling segala kerja-kerja saringan dan vaksinasi dapat disempurnakan dalam masa singkat, justeru PKPD yang sepatutnya berlangsung selama 14 hari ditamatkan pada hari kelapan.

“Seramai 1,246 individu telah diberikan dos pertama vaksin, manakala 33 orang menerima dos suntikan kedua.

“1,044 orang yang tidak divaksin adalah terdiri daripada kes positif yang aktif, telah divaksin, berusia kurang 18 tahun dan individu yang mempunyai masalah alergi serta comorbid teruk,” jelas beliau.

Tambahnya, mereka yang didapati positif sudah diasingkan dan dikenakan perintah kuarantin kendiri di rumah masing-masing serta diwajibkan hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan pihak PKD.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!