Pesakit Covid-19 meningkat, Bali kehabisan bekalan oksigen

Indonesia yang merupakan negara keempat terpadat dunia, menyaksikan lebih 3 juta jangkitan dengan lebih 80,000 kes kematian akibat virus itu.
Indonesia yang merupakan negara keempat terpadat dunia, menyaksikan lebih 3 juta jangkitan dengan lebih 80,000 kes kematian akibat virus itu.
A
A
A

JAKARTA- Pulau Bali di Indonesia semakin kehabisan oksigen untuk pesakit Covid-19 susulan kes jangkitan semakin yang meningkat.

Bali yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara, bersama 15 wilayah lain dikenakan sekatan Covid-19 ketat.

Ketua Badan Kesihatan Bali berkata, pihaknya kekurangan bekalan oksigen sejak 14 Julai lalu dan keadaan semakin kritikal ketika ini.

Indonesia yang merupakan negara keempat terpadat dunia, menyaksikan lebih 3 juta jangkitan dengan lebih 80,000 kes kematian akibat virus itu.

Penularan varian Delta memburukkan lagi keadaan di Indonesia.

Perdebatan antara pakar kesihatan dan kumpulan majikan mengenai sekatan Covid-19 menyukarkan lagi situasi di negara berkenaan.

Ketika ini, Bali memerlukan 113.3 tan oksigen sementara hospital di pulau itu hanya memiliki bekalan sebanyak 40.5 tan.

Kekurangan oksigen juga dilaporkan di Pulau Jawa.

Artikel Berkaitan:

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengimport bekalan oksigen daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan China namun ia masih tidak mencukupi.