Gabenor Bali, Indonesia minta pelajar henti tonton Upin Ipin

Upin Ipin
Upin Ipin
A
A
A

JAKARTA - [DIKEMAS KINI] Gabenor Bali Wayan Koster menggesa pelajar di Bali mengutamakan menonton filem dan kartun tempatan berbanding rancangan Malaysia, Upin Ipin, lapor media tempatan.

"Orang muda biasanya suka menonton, animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi.. Lebih baik sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.

Beliau menyatakannya dalam ucapan pada majlis anugerah pertandingan esei filem, yang diadakan di dewan Dewan Perundangan Wilayah Bali baru-baru ini.

Upin Ipin adalah siri animasi dengan unsur pendidikan dan budaya, yang meraih populariti di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

Wayan juga menekankan bahawa penting untuk memelihara budaya Bali walaupun kemajuan teknologi dan pemodenan.

Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali. - Bernama.

Artikel Berkaitan: