X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota polis trafik, penghantar makanan cedera motosikal bertembung

Superintendan Abd Razak Hasan
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis trafik cedera selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan sama milik pekerja penghantar makanan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Batu Buruk di sini, pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, bagaimanapun kedua-duanya yang masing-masing berusia 33 dan 26 tahun cuma luka kecil di beberapa anggota badan.

"Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggang anggota berkenaan bertembung dengan motosikal penghantar makanan tersebut ketika hendak membelok ke kanan menghala ke arah Kuala Ibai.

“Ketika kejadian motosikal jenis Yamaha SYM yang ditunggang penghantar makanan itu dari arah Kuala Ibai, di sini menghala ke pusat bandar. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah Abd Razak, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!