X

Kindly register in order to view this article
!

Cabar-mencabar punca anggota Rela tembak rakan baik

Seorang lelaki dilaporkan maut manakala anak saudaranya cedera parah ditembak rakan baik menggunakan senapang patah dalam kejadian di sebuah pondok KRT Taman Raya Wakaf Tapai di sini pada petang Jumaat. (Mohd Marzukhi)
A
A

KUALA TERENGGANU - Cabar-mencabar dipercayai menjadi punca seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menembak mati rakan baiknya dengan senapang patah dalam kejadian di sebuah pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raya Wakaf Tapai, Marang pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Fong Swee Fuan, 65, ditemui mati dalam keadaan terduduk di kerusi.

Beliau berkata, anak saudara mangsa, Teo Hock Beng, 45, yang cedera parah di bahagian dada dijumpai terbaring di lokasi kejadian dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Keterangan serta rakaman beberapa saksi kejadian sudah diambil. Kita akan merakamkan keterangan beberapa orang saksi lagi untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kerana tembakan selepas menemui beberapa kesan tembakan pada badannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Marzukhi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Swee Fuan yang merupakan Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai maut, manakala anak saudaranya cedera parah ditembak rakan baik menggunakan senapang patah di sebuah pondok KRT di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai maut ditembak rakan baik

ARTIKEL BERKAITAN:Anggota Rela tembak rakan baik direman tujuh hari


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!