X

Kindly register in order to view this article
!

JKNS siap siaga hadapi lonjakan pesakit Covid-19 di Selangor

Wad sementara di Hospital Serdang untuk kegunaan pesakit Covid-19. Khemah lengkap kemudahan penghawa dingin dan tandas untuk pesakit Covid-19 di Hospital Serdang.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) siap siaga menghadapi 'surge capacity' atau lonjakan pesakit Covid-19 di negeri itu terutama bagi kategori tiga dan ke atas.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, penggunaan sumber luar (outsourcing) sebahagian perkhidmatan klinikal melalui hospital swasta sedang giat dilakukan bagi mengurangkan pesakit di hospital awam.

Menurutnya, langkah itu dilakukan bagi memastikan pesakit khususnya bukan pesakit Covid-19 mendapat rawatan sewajarnya.

"JKNS akan memantau pelaksanaan outsourcing ini mengikut tatacara yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk kriteria pemilihan pesakit dan hospital swasta terlibat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau mengulas status semasa keadaan hospital di Selangor terutama Hospital Serdang susulan gambar tular keadaan pesakit di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

Dr Sha'ari berkata, setiap hospital mengoptimakan fasiliti sedia ada di hospital seperti dewan bedah, klinik dan wad bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

"Penggunaan khemah tambahan sebagai wad sementara juga dilaksanakan di kebanyakan jabatan kecemasan di Selangor," katanya.

Mengulas lanjut katanya, gambar tular menunjukkan keadaan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang sementara menunggu beberapa peralatan tiba.

"Ia termasuk menyediakan khemah lengkap penyaman udara, kipas, air bersih, tandas dan elekrik yang disiapkan pada 21 Julai lalu.

"Kemudahan ini dapat menampung 81 katil tambahan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!