X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu maklum pendirian mengenai cukai eksais vape

Kenyataan media NGO
A
A

SHAH ALAM - Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan agar menyatakan secara jelas pendirian mengenai isu menghalalkan vape bagi membolehkan cukai eksais dikenakan ke atas produk tersebut.

NGO tersebut adalah Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA), Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH), Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (OCC) serta IKRAM Health Malaysia.

Dalam kenyataan bersama, mereka menyuarakan kebimbangan sekiranya benar kutipan cukai bagi cecair produk itu boleh mencecah RM250 juta setahun.

Katanya, situasi itu menunjukkan ramai rakyat Malaysia kini ketagih kepada nikotin dan kerajaan lemah dalam menangani isu tersebut.

"Angka ini bukan sesuatu yang terpuji, tetapi memalukan. Jualan produk yang ternyata haram di bawah Akta Racun 1952 harus dibanteras, apatah lagi dihalalkan dan dikenakan cukai.

"Jika penjualan sebegini dihalalkan, di manakah kewibawaan kerajaan dan undang-undang?," soal mereka dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu.

Selain itu ujar mereka, reputasi Malaysia sebagai ahli kepada Kerangka Konvensi Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tercalar jika cadangan membenarkan penjualan vape bernikotin diluluskan.

“Kami berpandangan kerajaan lebih mementingkan keuntungan cukai lebih daripada nyawa serta kesihatan rakyat.

"Kami berharap pemimpin-pemimpin dapat membuka mata dan memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia serta jangan menambahkan lagi penderitaan rakyat dengan menghalalkan racun yang akan memburukkan lagi keadaan," kata mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!