X

Kindly register in order to view this article
!

Perhilitan Perak kesan dua gajah liar masih berkeliaran

Khidmat Abot dan Rambai digunakan untuk memujuk Yob Daha sebelum dipindahkan ke Taman Negara pada Jumaat.
A
A

GERIK - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak giat mengesan dua gajah liar yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan Felda Bersia Timur, di sini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pengesanan gajah jantan dan betina itu dilakukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Gerik bagi memantau keadaan terutama berhampiran penduduk.

Menurutnya, ia susulan aduan penduduk yang melihat kehadiran mamalia terbabit memasuki kawasan ladang pada Khamis.

"Haiwan terbabit dipercayai daripada kumpulan sama Yob Daha, gajah jantan yang berjaya ditangkap pada Isnin lalu yang dilaporkan melakukan kerosakan pada tanaman penduduk," katanya ketika ditemui pada Op Pindah Yob Daha di sini pada Jumaat.

Perhilitan mengambil masa lebih dua jam memindahkan seekor gajah liar dianggarkan berusia 18 hingga 20 tahun seberat dua tan pada Jumaat.
Perhilitan mengambil masa lebih dua jam memindahkan seekor gajah liar dianggarkan berusia 18 hingga 20 tahun seberat dua tan pada Jumaat.

Kata Yusoff, kawalan dilakukan dari masa ke masa dan mengharapkan pasangan gajah itu kembali ke habitat asalnya.

Pada masa sama, Yusoff berkata, pemindahan Yob Daha dilakukan selepas haiwan itu melakukan kerosakan melibatkan kelapa sawit, getah, kelapa dan pisang dengan anggaran kerugian sebanyak RM2,500.

Katanya, anggota mengambil masa lebih dua jam memindahkan seekor gajah liar dianggarkan berusia 18 hingga 20 tahun seberat dua tan.

"Operasi ini membabitkan 15 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah serta lapan kakitangan Perhilitan Perak.

"Khidmat dua gajah denak, Rambai dan Abot digunakan untuk memujuk Yob Daha dan seterusnya akan dipindahkan ke Taman Negara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!