X

Kindly register in order to view this article
!

Penerima vaksin dibenar rakam video: Khairy

Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Orang ramai kini dibenar membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu.

"Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba," katanya.

Menurutnya, penerima vaksin turut disaran melihat jarum ketika proses suntikan dilakukan selain jururawat perlu menunjukkan picagari yang mempunyai cecair vaksin kepada penerima.

"Saya harap ia berakhir di sini kerana kita tidak mahu petugas kesihatan terganggu dengan isu ini sejak dua, tiga hari kebelakangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap isu suntikan kosong yang tular di media sosial.

Baru-baru ini, seorang individu mendakwa dia disuntik dengan picagari kosong oleh petugas selepas menonton semula rakaman video semasa proses suntikan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Benarkan orang ramai rakam gambar ketika terima vaksin'

Dakwa disuntik picagari kosong: Kes masih dalam siasatan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!