X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwa disuntik picagari kosong: Kes masih dalam siasatan

Polis sebelum ini memaklumkan membuka satu kertas inkuiri untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang menerima suntikan vaksin dari picagari kosong di Hospital Banting di sini.
A
A

SHAH ALAM - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung seorang individu mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong ketika menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Banting.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan inkuiri berhubung laporan berkenaan.

"Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, bagaimanapun penelitian dan siasatan lanjut berhubung laporan tersebut masih dijalankan.

"Kertas inkuiri dibuka berkaitan laporan yang diterima daripada individu terbabit," katanya menerusi sidang akhbar secara dalam talian pada Jumaat.

Pada Selasa, seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi.

Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis siasat laporan terima suntikan vaksin picagari kosong


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!