Covid-19: 134 kematian, lebih separuh di Lembah Klang

 Lebih separuh daripada 134 kes kematian yang dilaporkan hari ini adalah di Lembah Klang.
Lebih separuh daripada 134 kes kematian yang dilaporkan hari ini adalah di Lembah Klang.
A
A
A
KUALA LUMPUR- Lebih separuh daripada 134 kes kematian yang dilaporkan hari ini adalah di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 39 kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor dan 32 kes lagi di Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan terdapat 18 kes kematian di Negeri Sembilan, 15 kes di Johor, masing-masing tujuh kes di Perak dan Melaka.

Lima kes kematian dilaporkan di Pahang, empat kes di Kedah, masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Terengganu dan Labuan, serta satu kes di Sabah.

Daripada jumlah keseluruhan kematian itu, 81 kes adalah lelaki dan 53 kes adalah perempuan dengan 119 daripadanya adalah warganegara dan baki bukan warganegara.

Selain itu, kes kematian akibat Covid-19 yang dibawa ke hospital atau brought in dead (BID) adalah 22 kes, sementara 104 kes kematian mempunyai sejarah penyakit.

Artikel Berkaitan: