Lelaki dikompaun RM2,000 kerana ziarah kubur

Seorang lelaki dikompaun RM2,000 selepas didapati melanggar SOP dengan menziarahi kubur pada Hari Raya Aidiladha pada Selasa. - Foto ihsan polis
Seorang lelaki dikompaun RM2,000 selepas didapati melanggar SOP dengan menziarahi kubur pada Hari Raya Aidiladha pada Selasa. - Foto ihsan polis
A
A
A

JEMPOL – Seorang lelaki dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

"Ketika tinjauan dilakukan, polis mendapati lelaki berkenaan datang ke tanah perkuburan itu dengan membawa dua anak saudaranya berusia tiga dan lima tahun.

“Disebabkan aktiviti menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel Berkaitan: