"Saya tak lupa Allahyarham raikan sambutan hari jadi" - Pai

Pai (Kiri) berkongsi kenangan bersama Allahyarham Datuk Seri Johari Harun ketika meraikan sambutan hari jadinya pada 4 Januari lalu ketika program suai kenal bersama Media Pahang. Gambar kanan: Pai (kanan) bergambar kenangan bersama Allahyarham yang turut meraikan sambutan hari jadinya dalam majlis tersebut.
Pai (Kiri) berkongsi kenangan bersama Allahyarham Datuk Seri Johari Harun ketika meraikan sambutan hari jadinya pada 4 Januari lalu ketika program suai kenal bersama Media Pahang. Gambar kanan: Pai (kanan) bergambar kenangan bersama Allahyarham yang turut meraikan sambutan hari jadinya dalam majlis tersebut.
A
A
A

KUANTAN - "Pengalaman diraikan oleh Allahyarham sendiri sempena sambutan hari jadi saya akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup," kata wartawan Malaysia Gazzete, Syahira Yahya, 38, antara pengamal media Pahang yang turut bersedih dengan kehilangan Exco Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Menurut Syahira atau lebih mesra dengan panggilan Pai, sambutan hari jadi itu diraikan pada 4 Januari lalu di sebuah hotel ketika program suai kenal bersama Media Pahang.

"Memang terkejut apabila dalam majlis tersebut saya turut diraikan dengan majlis sambutan hari jadi, padahal baharu kenal Allahyarham Datuk Seri Johari selepas menjadi ADUN Pelangai dan Exco Pahang.

"Pengalaman diraikan itu memang terkesan buat saya dan kebaikan serta kemesraan Allahyarham bersama pengamal media akan sentiasa terpahat di hati selama-lamanya," ujar Pai yang bertugas dengan portal berita itu lebih dua tahun lalu.

Mengakui terkejut dengan nahas itu yang turut meragut nyawa pegawai Allahyarham, Pai mengakui pada mulanya tidak percaya hingga senarai nama dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Pengalaman sepanjang membuat liputan dan segala budi pekerti yang dipamerkan Allahyarham selama ini akan dikenang seumur hidup, betullah orang kata, orang baik ALLAH SWT sayang," tambahnya.

Dalam nahas itu semalam, Allahyarham Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Turut tersenarai adalah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali. -

Artikel Berkaitan: