X

Kindly register in order to view this article
!

Terengganu rekod kadar kebolehjangkitan tertinggi

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Terengganu merekodkan kadar kebolehjangkitan (RT) Covid-19 tertinggi iaitu 1.31 melebihi nilai RT negara, 1.12.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri itu juga mencatatkan 190 kes baharu pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 12,987.

Menurutnya, selain Terengganu, tiga lagi negeri yang turut merekodkan nilai RT tertinggi adalah Sabah (1.25), Kedah (1.23), Pulau Pinang (1.22) dan Johor (1.20).

"Putrajaya (1.19), Selangor (1.5), Negeri Sembilan (1.14), Perak (1.13), Melaka (1.12), Kelantan (1.10) dan Kuala Lumpur (1.08)," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, dua negeri yang merekodkan nilai RT di bawah 1 adalah Sarawak (0.95) dan Labuan (0.75).

Katanya, berdasarkan Model SEIR Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian Covid-19, nilai RT negara akan meningkat kepada 1.2 dengan kes harian baharu mencapai 13,000 jika berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Nilai RT adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif, semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!