X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Covid-19: Angka korban global melepasi 4.09 juta kes

Foto fail Reuters
A
A

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.09 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 609,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 542,000 kes, India lebih 414,000 kes, Mexico lebih 236,000 kes. Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan menghampiri 75,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia.

Thailand pula dengan lebih 3,000 angka korban. - AWANI


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!