X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD Pangsapuri Bukit Tinggi 1 bermula hari ini

Anggota tentera meletakkan kawat duri di kawasan pangsapuri berkenaan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib
A
A

KLANG - Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di sini bermula Ahad hingga 31 Julai 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang, Mohd Zainal Mohd Nor dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan pangsapuri yang melibatkan semua blok bangunan.

Menurutnya, PKPD di Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi membabitkan 986 unit rumah dengan 4,437 penduduk yang majoritinya rakyat tempatan.

"Sebanyak 224 kes positif Covid-19 secara kumulatif direkodkan sekitar kawasan tersebut dan terdapat satu kematian bukan warganegara setakat Sabtu.

"Sepanjang pelaksanaan PKPD, Pejabat Kesihatan Daerah Klang akan melaksanakan saringan Covid-19 kepada penduduk yang bergejala selain pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk yang layak," katanya.

Tambah beliau, JPBD Klang menyeru semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPD bagi mengekang penularan virus Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!