Kluster tapak bina sumbang 24 peratus kes baharu di KL, Putrajaya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 423 kes baharu Covid-19 melibatkan tiga kluster tapak bina dilaporkan di Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya pada Sabtu.

Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam satu kenyataan berkata, kluster tapak bina menyumbang 24 peratus daripada 1,881 kes harian pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, tapak bina Maple Residence, Taman OUG menyumbang 270 kes positif; tapak bina Residensi Laman Sari, Batu sebanyak 141 kes dan tapak bina Serene Mont Kiara dengan 12 kes.

"Tapak bina Maple Residence dan Residensi Laman Sari merupakan kluster baharu," menurut kenyataan pada Ahad.

Dalam kenyataan sama, CCMC-WP berkata, kes positif Covid-19 pada Sabtu melibatkan 1,153 warganegara dan 628 bukan warganegara dengan 98 peratus kes di bawah kategori satu dan dua.

Menurut kenyataan itu lagi, jumlah kes kontak rapat ialah 747 kes (46.5 peratus) dan 508 kes sporadik 508 kes (31.5 peratus).

"Selain itu, sebanyak 97 kes di 11 kluster komuniti di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah tamat dan satu PKPD aktif dilaporkan.

"Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dengan 20 kes, Perumahan Awam (PA) Desa Rejang (9), PPR Seri Semarak (7), Kampung Padang Balang (3), PPR Batu Muda (26), Taman Koperasi Polis (6), Taman Bukit Angkasa (5) kes, Apartment Sri Rakyat (15) dan Flat Sri Sabah (3).

Artikel Berkaitan:

"Kampung Segambut Dalam, PPR Pantai Ria dan Jalan Kubur pula masing-masing mempunyai satu kes," katanya