X

Kindly register in order to view this article
!

Hishammuddin jalani kuarantin, kontak rapat kes positif Covid-19

Hishammuddin
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menjalani perintah kuarantin, kerana menjadi kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

Perkara itu disahkan beliau menerusi posting di Instagram petang Sabtu.

Beliau pada awalnya dijadualkan pulang ke kawasan Parlimen Sembrong, untuk bertemu dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang mendapat keputusan cemerlang 11A dan 10A.

Namun, ucapan tahniah kepada Wong Hui Jun dan Hew Yee Han serta keluarga dititipkan hanya menerusi panggilan video.

"Saya anggap kecemerlangan mereka sebagai kejayaan bersama warga Sembrong, khususnya ibu bapa, para guru dan pelajar.

"Minta maaf sangat kerana tidak dapat turun ke kawasan hari ini.

Saya terpaksa menjalani pengasingan.

Kuarantin diri.

Kerana jadi kontak rapat kepada seorang yang positif Covid-19," katanya.

Ini merupakan kali ketiga Hishammuddin menjalani kuarantin.

Bulan lalu beliau terpaksa dikuarantin dan tidak dapat menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China kerana menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.

Pada Mei tahun lalu beliau dikuarantin kerana menjadi kontak rapat dengan pegawai Wisma Putra yang disahkan positif. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Hishammuddin jalani kuarantin, kontak rapat kes positif


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!