Kes dera remaja OKU: Pasukan khas perlu diwujudkan

Program Sinar Live bertajuk ‘Air Mata Bella’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.
Program Sinar Live bertajuk ‘Air Mata Bella’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu pasukan khas perlu diwujudkan bagi menyiasat dan meneliti secara serius kes penderaan melibatkan seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) sindrom down.

Aktivis Masyarakat, Yusof Azmi berkata, selain menyiasat dan meneliti kes tersebut, ia juga secara tidak langsung mengelakkan campur tangan individu atau ‘tangan ghaib’ yang cuba merosakkan sistem perundangan sedia ada dan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jangan biarkan masyarakat hilang kepercayaan kepada undang-undang dan pasukan PDRM.

“Sekiranya ada tangan ghaib yang terlibat dengan kes penderaan ini, maka saya merayu Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara mewujudkan satu pasukan khas untuk menyiasat serta meneliti secara serius dari sudut tangkapan, reman dan bicara kes sehingga ia selesai.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan

“Jadi, saya nampak inilah perkara terbaik untuk mengendalikan kes pembelaan ini,” katanya ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk ‘Air Mata Bella’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang dikendalikan Dinie Asyraf Salim itu turut menampilkan Mona Din yang juga aktivis masyarakat.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, kewujudan pasukan khas itu juga perlu menjadi keutamaan kerana rakyat Malaysia sedang menanti tindakan selanjutnya ke atas pendera remaja berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas topik sama, Mona pula berkata, masyarakat sangat marah dengan kejadian yang menimpa remaja tersebut, apatah lagi keputusan mahkamah yang memaklumkan permohonan reman ke atas suspek ditolak.

ARTIKEL BERKAITAN:Tular video didera, hak penjagaan adik Bella dilucut serta merta

“Pada Jumaat kita semua dikejutkan dengan keputusan berhubung suspek yang ditahan tidak direman.

“Kita dah cukup sensitif dengan fasa pertama, kemudian kita mahu melalui fasa kedua pula?

Jadi, saya tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya,” ujarnya.

Perkara yang mendorong Mona memaparkan isu berhubung kes penderaan remaja itu di media sosial selepas menemui poster kepada satu forum yang dilakukan oleh persatuan pelajar universiti tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes dera remaja OKU: Peguam pusat penjagaan beri penjelasan

Menurutnya, poster berkenaan bertajuk ‘Sila jaga tepi kain orang, hentikan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak’ yang mana ahli panelnya ialah penasihat kepada rumah kebajikan tersebut manakala seorang lagi wakil PDRM.

“Forum ini diadakan pada 26 Jun 2021, dua hari selepas remaja tersebut ditemui didera iaitu pada 24 Jun 2021.

Justeru, saya merasakan ALLAH menghantar saya seolah-olah menyuruh menyiarkannya di media sosial,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Remaja OKU didakwa didera: Seorang wanita ditahan bantu siasatan

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada kompromi kes dera kanak-kanak: Puteri UMNO