X

Kindly register in order to view this article
!

Ledakan 'tiga serangkai', kes aktif melonjak lebih 114,000

Petugas KKM Pahang melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu ke atas penduduk Kuantan di Terminal Sentral Kuantan (TSK) hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan hari ini terus meledak dengan kes harian baharu Covid-19 empat angka, sekali gus melonjakkan kes aktif dengan kebolehjangkitan dalam negara kepada 114,053.

Kes kumulatif di Malaysia yang setakat hari ini berjumlah 893,323 dibimbangi boleh mencapai angka sejuta dalam masa terdekat sekiranya kes harian baharu kekal pada lima angka, seperti yang berlaku sejak empat hari lepas.

Kes harian baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, meskipun berkurangan sedikit daripada semalam tetapi masih lima angka iaitu 12,541 kes.

Malaysia semalam (15 Julai) dibebani sebanyak 13,215 kes harian baharu, yang tertinggi sejak tiga kes pertama dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Kali pertama Malaysia melaporkan kes harian baharu lima angka ialah pada 13 Julai (11,079 kes) dan berikutnya pada 14 Julai (11,618 kes).

Sepanjang rangkuman mingguan (10 julai hingga 16 Julai) ini, angka kes harian baharu dalam negara adalah seperti berikut:-

10 Julai (9,353 kes), 11 Julai (9,105 kes), 12 Julai (8,574 kes), 13 Julai (11,079 kes), 14 Julai ( 11,618 kes ), 15 Julai (13,215 kes) dan 16 Julai (12,541 kes).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikumpul dalam rangkuman mingguan ini, hari ini (16 Julai) Selangor, Kuala Lumpur (WP Kuala Lumpur) dan Negeri Sembilan menyumbang sejumlah 8,673 kes (69.1 peratus) daripada 12,541 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini.

Semalam, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyumbang sejumlah 9,222 kes atau sekitar 70 peratus, daripada jumlah 13,215 kes itu.

Begitu juga pada hari Rabu (14 Julai), ketiga-tiga negeri menyumbang sebanyak 8,337 kes (kira-kira 72 peratus) daripada 11,618 kes harian baharu dan pada Selasa, sebanyak 7,817 kes (kira-kira 70 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes harian baharu pada hari itu, sebanyak 11,079 kes.

Berikut adalah kes harian baharu untuk Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur:

Selangor - 10 Julai (4,277 kes), 11 Julai (4,682 kes), 12 Julai (4,308 kes), 13 Julai (5,263 kes), 14 Julai ( 5,051 kes ), 15 Julai (6,120 kes) dan 16 Julai (5,512 kes).

Negeri Sembilan - 10 Julai (638 kes), 11 Julai (541 kes), 12 Julai (794 kes), 13 Julai (1,033 kes), 14 Julai ( 1,537 kes ), 15 Julai (1,603 kes) dan 16 Julai (1,619 kes).

WP Kuala Lumpur - 10 Julai (1,398 kes), 11 Julai (1,247 kes), 12 Julai (609 kes), 13 Julai (1,521 kes), 14 Julai ( 1,749 kes ), 15 Julai (1,499 kes) dan 16 Julai (1,542 kes).

Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021.

PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim sementara WP Kuala Lumpur, membabitkan 14 lokaliti dan pelaksanaannya diumumkan tidak dilanjutkan.

Sementara di Negeri Sembilan, seluruh Daerah Seremban (melibatkan Mukim Ampangan, Mukim Labu, Mukim Lenggong, Mukim Pantai, Mukim Rantau, Mukim Lasah, Mukim Seremban dan Mukim Setul) diletakkan di bawah PKPD berkuatkuasa 9 Julai 2021 sehingga 22 Julai 2021.

Di samping kes harian baharu yang tinggi, Malaysia turut dibebani 893 kluster aktif setakat 16 Julai 2021. Secara keseluruhannya, jumlah kluster yang direkod di negara ini sebanyak 3,205 kluster dan 2,312 daripadanya, ditamatkan.

Daripada 37 kluster baharu yang dilaporkan hari ini, kluster tempat kerja 19, kluster komuniti 8, kluster pusat tahanan 4, kluster pendidikan 3 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3.

Setakat hari ini, jumlah kes pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 896 dan 459 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kes tertinggi di ICU dicatat pada 13 Julai iaitu 972 kes.

Sebanyak 115 kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 6,728 ( 0.75 peratus).

Dengan 893,323 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 32 (tangga 33 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19.

Di hadapan Malaysia ialah Portugal (920,200 kes) dan Pakistan (983,719 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik berkata, seluruh Malaysia dijangka beralih kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal Ogos 2021.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan membuat jangkaan berkenaan berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang melepasi nilai ambang 10 peratus.

Setakat ini, lapan (8) buah negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sudah beralih ke fasa dua, Sekatan Pergerakan Perjalanan (SPP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Untuk beralih ke fasa dua, jumlah kes harian baharu Covid-19 perlu mencapai nilai ambang di bawah 4,000.

Dua lagi faktor yang diambil kira ialah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Fasa pertama SPP yang bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 dan disambung sehingga 28 Jun 2021 mungkin berlangsung sehingga pertengahan Julai 2021.

PPN yang terbahagi kepada empat fasa diharap dapat mengembalikan kehidupan harian biasa di negara ini.

Dalam perkembangan lain, pelaksanaan PKPD di 34 mukim di Selangor yang dijadualkan tamat hari ini (16 Julai) tidak akan dilanjutkan.

Sementara itu, senarai negeri dengan catatan kes harian baharu Covid-19 berdasarkan perincian KKM untuk 12, 541 kes harian baharu, adalah seperti berikut:-

Selangor sebanyak 5,512 kes dan 2,971 kes (53.9 peratus) daripadanya adalah kes kontak rapat.

Negeri Sembilan pula merekod 1,619 kes dan 627 kes (38.7 peratus) daripadanya adalah kes kontak rapat; sementara Kuala Lumpur melaporkan 1,542 kes dan 651 kes (42.2 peratus) daripadanya kes kontak rapat.

Negeri yang mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 609 kes, Melaka 575 kes, Kedah 458 kes, Sarawak 423 kes, Pahang 382 kes, Pulau Pinang 376 kes, Perak 299 kes, Kelantan 225 kes dan Terengganu 102 kes.

Kes harian baharu dua angka - Putrajaya 62 dan Labuan 24.

kes harian baharu satu angka - Perlis 7 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di akaun Twitter KKMalaysia semalam berkata "varian baharu termasuk Delta boleh berjangkit dalam kalangan kontak rapat dalam tempoh 5 saat berbanding sekurang-kurangnya 15 minit bagi varian sebelum ini selain boleh berjangkit melalui udara (airborne)."

Sementara iru, dalam catatan di Facebook peribadinya pada 16 Julai 202, beliau mengumumkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 Julai 2021 untuk seluruh negara kekal 1.19.

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi adalah WP Putrajaya 1.31, Terengganu 1.25 dan Negeri Sembilan 1.21

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (10 Julai - 16 Julai 2021)

Rekod kes sembuh:

10 Julai (5,910 kes), 11 Julai (5,194 kes), 12 Julai (5,041 kes), 13 Julai (5,990 kes), 14 Julai (6,377 kes ), 15 Julai (6,095 kes) dan 16 Julai (6,742 kes).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

10 Julai - Kes baharu: 9,353 kes (827,191 kes kumulatif); Kes tempatan: 9,342 kes [6,645 warganegara (71.1%); 2,697 bukan warganegara (28.9%)]; Kes import: 11 kes (3 warganegara, 8 bukan warganegara);

11 Julai - Kes baharu: 9,105 kes (836,296 kes kumulatif); Kes tempatan: 9,087 kes [7,438 warganegara (81.9%); 1,649 bukan warganegara (18.1%)]; Kes import: 18 kes (8 warganegara, 10 bukan warganegara);

12 Julai - Kes baharu: 8,574 kes (844,870 kes kumulatif); Kes tempatan: 8,534 kes [7,087 warganegara (83.0%); 1,447 bukan warganegara (17.0%)]; Kes import: 40 kes (36 warganegara, 4 bukan warganegara);

13 Julai - Kes baharu: 11,079 kes (855,949 kes kumulatif);Kes tempatan: 11,052 kes [9,143 warganegara (82.7%); 1,909 bukan warganegara (17.3%)]; Kes import: 27 kes (15 warganegara, 12 bukan warganegara);

14 Julai - Kes baharu: 11,618 kes (867,567 kes kumulatif); Kes tempatan: 11,592 kes [9,659 warganegara (83.3%); 1,933 bukan warganegara (16.7%)]; Kes import: 26 kes (14 warganegara, 12 bukan warganegara);

15 Julai - Kes baharu: 13,215 kes (880,782 kes kumulatif); Kes tempatan: 13,202 kes [10,845 warganegara (82.1%); 2,357 bukan warganegara (17.9%)]; Kes import: 13 kes (7 warganegara, 6 bukan warganegara).

16 Julai - Kes baharu: 12,541 kes (893,323 kes kumulatif); Kes tempatan: 12,525 kes [9,951 warganegara (79.4%); 2,574 bukan warganegara (20.6%)]; Kes import: 16 kes (12 warganegara, 4 bukan warganegara);

Rekod kes kematian:

10 Julai - Kes kematian: 87 kes (6,067 kes kumulatif, 0.73%; 78 warganegara, 9 bukan warganegara); BID 8;

11 Julai - Kes kematian: 91 kes (6,158 kes kumulatif, 0.74%; 86 warganegara, 5 bukan warganegara); BID 10;

12 Julai - Kes kematian: 102 kes (6,260 kes kumulatif, 0.74%; 97 warganegara, 5 bukan warganegara); BID 14;

13 Julai -Kes kematian: 125 kes (6,385 kes kumulatif, 0.75%; 108 warganegara, 17 bukan warganegara); BID 16;

14 Julai - Kes kematian: 118 kes (6,503 kes kumulatif, 0.75%; 108 warganegara, 10 bukan warganegara); BID 13;

15 Julai - Kes kematian: 110 kes (6,613 kes kumulatif, 0.75%; 95 warganegara, 15 bukan warganegara);BID 15.

16 Julai -Kes kematian: 115 kes (6,728 kes kumulatif, 0.75%; 104 warganegara, 11 bukan warganegara); BID 24.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

10 Julai - 29 kluster baharu (kluster tempat kerja 19, kluster komuniti 5, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 3);

11 Julai - 19 kluster baharu (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

12 Julai -16 kluster baharu (kluster tempat kerja 5, kluster komuniti 8 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3);

13 Julai - 23 kluster baharu (kluster tempat kerja 13 dan kluster komuniti 10);

14 Julai - 26 kluster baharu (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 7 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 4);

15 Julai - 26 kluster baharu (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 6, kluster pendidikan 2 dan kluster pusat tahanan 3).

16 Julai - 37 kluster baharu (kluster tempat kerja 19, kluster komuniti 8, kluster pendidikan 3, kluster pusat tahanan 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 189,888,496 kes (Rangkuman Mingguan lalu 186,460,702 kes) dengan 4,085,912 kematian (minggu lalu 4,076,935 kematian). Kes pesakit sembuh 173,251,811 (minggu lalu 170,574,603).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Russia, Perancis, Turki, United Kingdom, Argentina, Colombia dan Itali.

Pecahan kes Covid-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 34,887,155 kes (624,214 kematian);

India 31,026,829 kes (412,563 kematian);

Brazil 19,262,518 kes (539,050 kematian);

Rusia 5,907,999 kes (146,868 kematian);

Perancis 5,833,341 kes (111,429 kematian);

Turki 5,507,455 kes (50,415 kematian);

United Kingdom 5,281,098 kes (128,593 kematian);

Argentina 4,719,952 kes (100,695 kematian);

Colombia 4,583,442 kes (114,833 kematian);

Itali 4,278,319 kes (127,840 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 102 dengan 92,183 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 98 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Indonesia di tangga 15 - 2,780,803 kes (71,397 kematian);

Filipina di tangga 23 - 1,496,328 kes (26,476 kematian);

Thailand di tangga 58 - 381,907 kes (3,099 kematian);

Myanmar di tangga 81 - 212,545 kes (4,346 kematian);

Kampuchea di tangga 111 - 65,500 kes (1,052 kematian);

Singapura di tangga 112 - 62,913 kes (36 kematian);

Vietnam di tangga 119 - 42,288 kes (207 kematian);

Laos di tangga 181 - 3,187 kes ( 4 kematian);

Brunei di tangga 204 - 282 kes ( 3 kematian). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!