X

Kindly register in order to view this article
!

'Itu gambar lama tahun 2017'

Gambar Ahmad Zahid dan Guan Eng sedang makan beramai-ramai yang tular di laman Facebook.
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar lama bagi menuduh beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) makan beramai-ramai.

Ahmad Zahid berkata, gambar tersebut adalah ketika Pulau Pinang dilanda banjir besar pada tahun 2017 selepas Ketua Menteri ketika itu, Lim Guan Eng menghubunginya bagi meminta bantuan daripada kerajaan Pusat.

“Tanpa mereka menyedari gambar itu membuktikan sebaliknya. Ia membuktikan pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab.

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu turun padang bersama kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghantar segala bantuan selepas kerajaan negeri tidak berupaya menangani banjir di sana.

“Begitu caranya jadi kerajaan Malaysia, menjaga rakyat dan negara sepenuh hati serta tidak seharusnya menutup pintu Parlimen dan menggantung demokrasi serta menyalahgunakan Ordinan Darurat,” katanya menerusi Facebook beliau pada Jumaat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah isu bantuan dan tuntutan rakyat serta tanpa menafikan masalah ekonomi yang merundum.

Menurutnya, kerajaan tidak seharusnya memperkotak-katik titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja pemerintah.

“Sudah hampir empat tahun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlalu tetapi mereka masih bergelumang dengan fitnah.

“Kita berhujah tentang fakta tetapi mereka cekal dengan tipu daya, sedangkan rakyat menderita dan negara menuju kegagalan,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!