Kedai komputer, telekomunikasi, buku dan alat tulis dibenar beroperasi

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa dan tenaga pengajar.

Menurut beliau, ia untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa ganguan.

"Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Jelas beliau, Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.

"Dari jumlah itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan: