Hentikan segera pembalakan di Gerik

Satu lokasi longgokan kayu balak berhampiran penempatan masyarakat orang asli di Gerik, Perak.
Satu lokasi longgokan kayu balak berhampiran penempatan masyarakat orang asli di Gerik, Perak.
A
A
A

Penduduk dari enam perkampungan yang terjejas akibat aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Air Chepam, Gerik, Perak memohon Kerajaan Perak untuk segera memberhentikan kerja-kerja pembalakan dalam kawasan tanah adat.

Perkampungan Orang Asli Tasik Cunex yang indah mungkinkah akan lenyap akibat pembalakan pada masa depan?
Perkampungan Orang Asli Tasik Cunex yang indah mungkinkah akan lenyap akibat pembalakan pada masa depan?

Timbalan Pengerusi Jaringan Orang Asal SeMalaysia Semenanjung (Jaos) Gerik, Jamal Endi berkata, selagi pembalakan tidak dihentikan, kehidupan penduduk orang asli di kawasan berkenaan akan terjejas terutama sumber mata pencarian mereka.

"Hentikan pembalakan di Hutan Simpan Air Chepam dengan segera. Kerajaan negeri tolong hentikan. Kerajaan Pusat tolong masuk campur," katanya.

Bagi penduduk Kampung Laba yang juga Pengerusi Jaos Gerik, Ramli Aluej, pihak kerajaan negeri perlu mengutamakan hak-hak kepada orang asli di kesemua enam perkampungan yang terjejas akibat pembalakan.

Ramli (kiri), Jamal
Ramli (kiri), Jamal

"Tolong menghormati hak-hak kepada masyarakat orang asal, kita pun sokong kalau boleh pihak kerajaan tolong hentikan," tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mengapa orang asli marah pembalakan di Gerik, Perak?

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perak tunjuklah mana tanah adat kami!

Artikel Berkaitan:


ARTIKEL BERKAITAN: Kubur nenek moyang musnah

ARTIKEL BERKAITAN:Orang asli: Suhakam minta Perak cari kaedah lain jana hasil