Orang asli: Suhakam minta Perak cari kaedah lain jana hasil

Laporan Sinar Harian semalam, mengenai isu pembalakan yang mencetuskan konflik antara masyarakat orang asli di Gerik dan Kerajaan Negeri Perak.
Laporan Sinar Harian semalam, mengenai isu pembalakan yang mencetuskan konflik antara masyarakat orang asli di Gerik dan Kerajaan Negeri Perak.
A
A
A



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpandangan, sesebuah kerajaan negeri boleh memikirkan cara lain untuk mencari pendapatan dengan tidak perlu menjalankan pembalakan berhampiran tanah adat serta penempatan masyarakat orang asli.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Jerald Joseph berkata, mengambil contoh isu pembalakan berhampiran penempatan orang asli di Gerik Perak, kerajaan negeri sepatutnya boleh memikirkan cara lain untuk mencari pendapatan berbanding memungut hasil balak dan menjejaskan tanah orang asli.

"Pada zaman sekarang banyak lagi cara lain untuk kerajaan negeri mendapatkan hasil bukan sahaja melalui pembalakan tetapi perlu memberikan tumpuan kepada sektor lain.

"Kami bimbang selain memberikan kesan kepada orang asli itu sendiri, ia juga akan memberikan kesan terhadap alam sekitar," katanya.

JERALD
JERALD

Jelasnya Suhakam juga menggesa moratorium dilaksanakan kerajaan negeri ke atas kawasan pembalakan tersebut dan dalam masa sama mencari penyelesaian untuk memastikan masalah yang timbul di kawasan itu dapat diselesaikan

Dalam pada itu katanya, Suhakam juga meminta Kerajaan Persekutuan segera mengiktiraf kepentingan orang asli di negara ini agar hak mereka termasuk isu tanah adat tidak akan menjadi bahan pertikaian lagi.

Masyarakat orang asli di Gerik, Perak terjejas akibat kegiatan pembalakan berhampiran penempatan mereka. Mata pencarian seperti ikan, haiwan buruan dan tumbuhan herba makin sukar diperolehi sejak akhir-akhir ini.
Masyarakat orang asli di Gerik, Perak terjejas akibat kegiatan pembalakan berhampiran penempatan mereka. Mata pencarian seperti ikan, haiwan buruan dan tumbuhan herba makin sukar diperolehi sejak akhir-akhir ini.

Artikel Berkaitan:

Jerald berkata, Kerajaan Pusat juga mempunyai komitmen besar untuk mengiktiraf kepentingan orang asli berdasarkan manifesto mereka untuk menggunakan Laporan Inkuiri Nasional yang pernah dibentangkan suruhanjaya itu sebelum ini.

"Dalam laporan inkuiri itu, antara cadangan Suhakam adalah kerajaan mengiktiraf tanah adat orang asli agar tanah tersebut tidak boleh diceroboh, pokok tidak boleh ditebang dan sebagainya.

"Bagi kami di Suhakam, ini adalah masa terbaik untuk kerajaan melaksanakan manifesto dan janji mereka sekali gus memastikan kepentingan orang asli di negara ini terbela,"katanya.

Semalam, siri satu laporan khas melaporkan mengenai bantahan masyarakat orang asli Tasik Cunex di Gerik terhadap aktiviti pembalakan berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa orang asli marah pembalakan di Gerik, Perak?

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perak tunjuklah mana tanah adat kami!