Kerajaan Perak tunjuklah mana tanah adat kami!

Penduduk orang asli di Gerik sepakat mahu Kerajaan Negeri Perak segera menunjukkan serta mengesahkan lokasi tanah dan wilayah adat mereka.
Penduduk orang asli di Gerik sepakat mahu Kerajaan Negeri Perak segera menunjukkan serta mengesahkan lokasi tanah dan wilayah adat mereka.
A
A
A



Masyarakat orang asli menggesa Kerajaan Negeri Perak untuk segera menunjukkan lokasi tanah dan wilayah adat mereka yang sebenarnya.

Ia susulan kawasan pembalakan yang diluluskan Kerajaan Negeri adalah kawasan Hutan Simpan Air Chepam dan bukan terletak dalam kawasan tanah adat seperti yang didakwa oleh masyarakat minoriti itu.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Orang Asal SeMalaysia Semenanjung (Jaos), Fauzi Baniberkata, buat masa ini, peta tanah dan wilayah adat Kampung Cunex seluas 12465.5 hektar yang dipetakan oleh orang asli sendiri masih belum lagi diiktiraf kerajaan negeri.

FAUZI
FAUZI



Menurutnya yang berasal dari Kampung Jelmol, penduduk berasa sangat kesal apabila dikatakan orang asli tidak mempunyai hak ke atas tanah terlibat pembalakan.

"Kalau kami orang Asli tak ada hak, tunjukkan di mana hak dan tanah kami orang asli.Kami tak nak pembalakan kami nak kerajaan negeri iktiraf tanah adat kami.

"Mungkin dah separuh dari kawasan tanah adat yang kami petakan berlakunya aktiviti pembalakan,"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mengapa orang asli marah pembalakan di Gerik, Perak?

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur nenek moyang musnah

Menurutnya, penduduk Kampung Tasik Cunex sudah lama menetap di kawasan berkenaan iaitu sebelum penjajahan British lagi.

"Namun kita pindah dari Kampung Kelet ke Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala tahun 1978 kerana darurat serangan Komunis.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kerajaan ambil mana-mana kampung bawa kumpul ke RPS Dala. Habis penjajahan Komunis, masing-masing balik ke tempat asal masing-masing.

"Projek kelapa sawit dan getah tapi tak memuaskan. Air bersih pun tak ada. Kesemua perkampungan yang keluar tidak lagi diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Sementara itu, penduduk tertua Kampung Tasik Cunex, Long Uda, 69 berkata, bukan sengaja penduduk dari empat buah kampung keluar dari RPS Dala.

LONG
LONG

Menurutnya yang dibantu oleh jurubahasa, ahli jawatankuasa Jaos, Panjang Along, pada mulanya kerajaan mengarahkan perpindahan ke RPS Dala juga adalah untuk kebaikan buat orang asli dan mahu menanggung orang asli.

"Buat banglo, jalan tar dan sebagainya tetapi akhirnya celaru...penduduk patah balik ke tempat asal.

"Ingatan dalam hutan kita tak boleh tinggalkan. Di situlah kita punya nadi, di situlah kita punya nafas, hidupan, badan dan nyawa kita di situ, kita tak boleh lepaskan benda ni di mana-mana,"katanya.