Barangan kosmetik seludup bernilai RM4,076 dirampas

Anggota PGA memeriksa kotak yang ditinggalkan di tepi pengkalan haram tersebut.
Anggota PGA memeriksa kotak yang ditinggalkan di tepi pengkalan haram tersebut.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai RM4,076 dalam satu serbuan semasa membuat rondaan di Pengkalan Haram Bilal Dollah, di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam rondaan jam 10.30 malam itu, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki dipercayai sedang memunggah kotak dari perahu ke tebing sungai pengkalan itu.

"Apabila menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri dengan mengunakan perahu ke tebing Sungai Golok Thailand.

Antara barangan yang ditemui semasa serbuan tersebut dilakukan.
Antara barangan yang ditemui semasa serbuan tersebut dilakukan.

"Kami menemui pelbagai jenis barangan kosmetik yang dipaketkan, dibotolkan dan dikotakkan mengikut saiz dan jenama dalam kotak terbabit.

"Barang berkenaan disyaki diseludup dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kesalahan tersebut direkodkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Artikel Berkaitan: