Kadar jangka pendek ditutup stabil

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM30.57 bilion daripada RM36.34 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM13.51 bilion daripada RM21.74 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM menawarkan tender pasaran wang lelongan julat tempoh matang (RMA) dan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA).

Pada jam 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM13.5 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.72 peratus, manakala kadar bagi satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan: