140 bangunan kerajaan tiada CF

Mohammad Hamdan memakaikan salah seorang pegawai Pingat Kebesaran Jabatan ketika majlis itu.
Mohammad Hamdan memakaikan salah seorang pegawai Pingat Kebesaran Jabatan ketika majlis itu.
A
A
A

MELAKA - Kira-kira 140 buah bangunan kerajaan berstatus kekal masih belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (CF) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah itu perlu diberi perhatian oleh kementerian terlibat memandangkan daripada keseluruhan 649 bangunan sedia ada, hanya 226 premis mempunyai sijil CF, manakala 283 masih dalam proses permohonan.

Menurutnya, usaha komited berterusan pihaknya bukanlah untuk menyukarkan mana-mana pihak termasuk kementerian, kerana sedar ia memerlukan kos, namun paling penting nyawa mereka yang berada di dalam bangunan kerajaan juga bernilai sama seperti mereka yang berada di bangunan swasta.

Katanya, bagi memastikan berlaku peningkatan bilangan CF, jabatan bomba turut menyasarkan tiga premis diberikan keutamaan untuk mempunyai sijil tersebut iaitu hospital, ‘dormitory’ dan lokasi perhimpunan secara berperingkat bermula Februari hingga Ogos depan agar diberikan sijil selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita bukan mahu menyusahkan kementerian lain, tapi melihat perkara ini seperti kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

“Walaupun kebakaran berlaku di sebuah bilik kecil tapi melibatkan ramai orang, seperti pesakit menjalani pembedahan, pesakit berkerusi roda, dan ada yang tidak mampu bergerak sendiri dan sebagainya.

“Kerana itu kita akan lakukan gerakan agresif dengan fokus tiga premis bangunan kekal kerajaan yang tiada ada sijil itu termasuk hospital,” katanya.

Muhammad Hamdan berkata demikian selepas menyampaikan Pingat Kebesaran Jabatan dan Perkhidmatan Cemerlang 2018 negeri di Hotel Muzaffar, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, semalam.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, menerusi mesyuarat melibatkan semua kementerian di Putrajaya baru-baru ini, akan memberi perhatian perpustakaan dan stor am bangunan kerajaan selepas selesai status perakuan sijil di hospital, dormitory dan lokasi perhimpunan.