X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Hampir separuh penduduk Jakarta dijangkiti Covid-19

Kes harian dia negara itu semakin meningkat dan membimbangkan. Foto AFP
A
A

JAKARTA- Satu kajian mendapati hampir separuh penduduk Jakarta, Indonesia telah dijangkiti Covid-19, atau 12 kali lebih tinggi daripada keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu.

Keputusan kajian itu, yang diterbitkan pada 10 Julai lepas, berdasarkan ujian antibodi koronavirus ke atas 5,000 penduduk Jakarta dari 15 hingga 31 Mac.

Keputusan ujian mendapati 44.5 peratus daripada mereka sudah mempunyai antibodi terhadap virus itu, membuktikan mereka pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

Kajian itu merupakan kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Wilayah Jakarta, Fakulti Kesihatan Universiti Indonesia, Institut Biologi Molekular Eijkman, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC US) berpangkalan di Indonesia.

“Melalui kajian ini, kami boleh menganggarkan bilangan penduduk di Jakarta yang sudah terjangkit dengan virus SARS CoV-2, sama ada dikenal pasti dengan ujian PCR atau tidak,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Jakarta, Widyatusti.

Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia, Jakarta telah merekodkan 382,000 ribu kes Covid-19 pada 31 Mac, sewaktu kajian itu tamat.

Sehingga semalam (13 Julai), jumlah itu telah meningkat kepada 689,243.

Jumlah itu membimbangkan memandangkan Jakarta merupakan negara keempat paling padat di dunia, sedang berhadapan dengan situasi buruk, merekodkan puluhan ribu setiap hari, termasuk 1,000 kematian setiap hari.

Hospital di seluruh negara – terutamanya di Kepulauan Jawa yang merupakan lokasi Jakarta – telah menerima impak ekoran penularan varian Delta, dengan beberapa bandar di sekitarnya telah dikenakan sekatan.- Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!