X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor kontrak frontliners 'pakai buang'?

Memorandum Gerakan #Hartal. Gambar kecil: Muhammad Fauzi Rahim
A
A

SHAH ALAM - Kerjaya seorang doktor sentiasa kedengaran megah dan membanggakan, namun realitinya tidaklah seindah yang disangka.

Pegawai perubatan di sebuah klinik swasta, Dr Muhammad Fauzi Rahim berkata, tiada jaminan seorang doktor itu diserapkan ke jawatan tetap walaupun sudah bekerja lebih lima tahun.

Beliau berkata, nasib doktor kontrak agak menyedihkan kerana tidak dapat merancang masa hadapan apabila tidak dijamin diserap ke jawatan selepas tamat kontrak.

"Sebagai doktor di Malaysia, perjalanan kami sangat jauh dan rumit. Untuk menjadi seorang pakar atau sub kepakaran boleh memakan masa lapan hingga 10 tahun. Berbeza dengan di luar negara, mereka boleh menjadi pakar dalam masa lima hingga enam tahun sahaja.

"Kepada mereka yang akan habis kontrak pada bulan Disember ini, kontrak yang diberikan hanyalah secara 'one-off basis' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan berkhidmat untuk Covid-19 sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, terdapat pegawai kontrak yang berhabis ribuan ringgit selepas tamat pengajian dan 'dicampak' ke kawasan pedalaman untuk membantu membendung Covid-19, namun pengorbanan mereka tidak dihargai, malah sia-sia.

Di lema tersebut menyebabkan ramai doktor kontrak merasakan mereka bukan sahaja dizalimi bahkan seolah-olah frontliners 'pakai buang'.

Berikut merupakan gambar yang sering digunakan oleh penyokong kempen hartal doktor kontrak bersama hashtag #HartalDoktorKontrak yang tular di media sosial.
Berikut merupakan gambar yang sering digunakan oleh penyokong kempen hartal doktor kontrak bersama hashtag #HartalDoktorKontrak yang tular di media sosial.

"Ada yang sudah mengambil peperiksaan kelayakan dengan duit sendiri hampir RM10,000 tetapi tidak dapat menghabiskannya kerana kontrak mereka akan tamat dan tidak dilatih di tempat yang sepatutnya.

"Doktor ini jugalah yang dicampak ke sana sini termasuk di Sabah dan Sarawak dalam masa yang singkat untuk membendung penularan wabak Covid-19 dan terdedah dengan risiko tinggi, namun masih tiada pelan lanjutan untuk mereka," ujarnya.

Pada 1 Julai lalu, kempen #CodeBlackMy menjadi trending di Twitter bagi memperjuangkan gerakan bersolidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut penukaran status doktor kontrak kepada jawatan tetap.

Menerusi satu poster yang tular menuntut tindakan segera daripada kerajaan untuk mencari penyelesaian komprehensif terhadap isu Hartal Doktor Kontrak yang sehingga kini masih tiada noktahnya.

Antara isu berbangkit ialah sistem doktor kontrak dan pekerja kesihatan kontrak perlu dirombak semula demi keselamatan ekosistem kesihatan negara dengan menyediakan pilihan latihan kepakaran kepada doktor kontrak.

Selain hashtag #HartalDoktorKontrak, #CodeBlackMY iaitu gambar hitam putih juga menunjukkan sokongan terhadap kempen tersebut.
Selain hashtag #HartalDoktorKontrak, #CodeBlackMY iaitu gambar hitam putih juga menunjukkan sokongan terhadap kempen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN 'Selesaikan sebelum 26 Julai atau kami mogok'

Malaysia akan kekurangan doktor pakar

Layanan tidak adil punca doktor kontrak tawar hati terus berkhidmat

SHAH ALAM - Masa depan yang samar dan layanan tidak adil menyebabkan ramai doktor kontrak kecewa serta tidak menaruh harapan tinggi serta tawar hati untuk terus berkhidmat dengan perkhidmatan awam.

Pegawai Perubatan Primamedik Temerloh, Dr Abdullah Fahmi berkata, sistem kontrak mewujudkan jurang ketara antara doktor.

Jelas beliau, doktor kontrak mempunyai tanggungjawab dan bebanan tugas yang sama namun dilayan seolah-olah 'anak tiri' dan dalam keadaan serba kekurangan.

"Saya merupakan seorang pegawai perubatan radiologi sebelum ini, tetapi saya tidak medapat cuti radiasi sepertimana pegawai perubatan tetap dan pakar radiologi yang lain.

"Sedangkan saya juga terdedah kepada risiko radiasi yang sama, bahkan lebih lagi disebabkan saya masih baru dan perlu dilatih melakukan prosedur berkenaan.

"Bab gaji pula sememangnya menyakitkan hati. Gaji kononya naik apabila pangkat bertukar ke UD43 namun hakikatnya masih sama seperti pegawai perubatan siswazah.

"Empat tahun bekerja namun masih di tangga gaji yang sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga bekas pegawai kesihatan kontrak (MO) di sektor awam berkata, semangat untuk meneruskan kepakaran sentiasa menebal dalam kalangan para medik namun sukar untuk diteruskan kerana terikat dengan sistem kontrak.

"Dalam masa yang sama, sudah ramai mengambil peperiksaan “parallel pathway” dengan duit poket sendiri.

"Sudahlah tidak ditawarkan jawatan tetap seperti yang dicanangkan, rayuan untuk perpindahan ke jabatan tertentu juga tidak dilayan.

"Jangan kata nak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, nak 'bau' Master sahaja sudah tidak layak di mana syarat universiti tempatan sekarang hanya menerima penjawatan tetap," katanya.

Dr Abdullah Fahmi
Dr Abdullah Fahmi

INFO

Antara ketidakadilan dihadapi doktor kontrak:

- Tiada pencen

- Tidak layak 'Flight warrant' dan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPA)

- Masa bekerja dan tanggungjawab adalah sama namun mempunyai gaji berbeza.

- Pegawai Kesihatan (MO) kontrak tidak layak untuk mendapat cuti (cuti tanpa gaji/separa gaji, cuti sakit TB/Leprosy/Cancer, study leave dan childcare leave).

- Pegawai MO kontrak tidak layak untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

ARTIKEL BERKAITAN


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!