X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor titah sambut Aidiladha secara sederhana

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Timbalan Mufti Selangor yang baharu, Prof Madya Dr. Miszairi Sitiris di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. - Foto Selangor Royal Office
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menasihatkan seluruh umat Islam agar menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana di kediaman dan tidak pulang ke kampung atau keluar dari daerah masing-masing.

Baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap Timbalan Mufti Selangor baharu, Prof Madya Dr Miszairi Sitiris di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Selasa, baginda turut menzahirkan kebimbangan mengenai kes 'sporadik' Covid-19 yang meningkat khususnya dalam kalangan umat Islam di Selangor ketika ini.

Baginda tidak mahu ia merebak seperti yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Sultan Sharafuddin juga meminta sekalian rakyat agar berkorban kerana keadaan wabak Covid-19 masih meruncing, dengan jumlah kes baharu di Selangor yang melebihi 4,000 kes sehari dan jumlah kematian keseluruhan yang kini mencecah 2,063 orang.

“Baginda turut menggesa pihak yang bertanggungjawab ke atas pengagihan vaksin ke seluruh negara supaya menambah jumlah pemberian vaksin di Selangor pada kadar segera, agar nisbah peratusannya selari dengan jumlah populasi dan jumlah kadar jangkitan wabak di Selangor.

“Pemberian vaksin kepada pekerja-pekerja kilang harus disegerakan, sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok,” titah baginda pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!