IPP Malaysia melonjak 26 peratus pada Mei

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia melonjak 26.0 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei 2021.
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia melonjak 26.0 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei 2021.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia melonjak 26.0 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan IPP pada bulan Mei 2021 disokong oleh pengembangan dalam kesemua indeks merangkumi indeks pembuatan (29.8 peratus), indeks perlombongan (20.7 peratus) dan indeks elektrik (7.9 peratus).

Dalam satu kenyataan pada Isnin beliau berkata, output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 29.8 peratus pada bulan Mei selepas mencatatkan pertumbuhan 68.0 peratus pada bulan April 2021

Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada bulan Mei 2021 adalah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (34.8 peratus), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (49.4 peratus) dan kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (68.9 peratus).

Mohd Uzir berkata, industri berorientasikan eksport menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 25.3 peratus manakala industri berorientasikan domestik meningkat 41.1 peratus.

Output sektor perlombongan mengembang 20.7 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan dalam indeks gas asli (30.9 peratus) dan indeks minyak mentah dan kondensat (8.6 peratus).

"Output sektor elektrik meningkat 7.9 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya," tambah beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: