X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

PPV bergerak MARA Liner rancakkan suntikan vaksin di luar bandar

Kemudahan PPV bergerak MARA Liner itu mampu melakukan suntikan ke atas 1,000 penerima dalam tempoh setiap hari kerana dilengkapi dengan kemudahan terbaik termasuklah doktor dan jururawat berpengalaman serta terlatih.
A
A

GUA MUSANG - Pusat Pemberian vaksin (PPV) bergerak menggunakan bas MARA Liner yang diubahsuai menjadi inisiatif baharu diperkenalkan kerajaan bagi merancakkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, langkah itu secara tidak langsung mampu mengelakkan berlakunya keciciran dalam kalangan penduduk untuk menerima suntikan vaksin.

"Setiap PPV bergerak MARA Liner dilengkapi dengan doktor dan jururawat terlatih dalam melancarkan gerak kerja vaksinasi dalam kalangan masyarakat luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Pusat Komuniti Desa (PKD) Paloh 2 sekali gus meninjau proses pemberian vaksin di sini, pada Ahad.

Abdul Rahman (kanan) meninjau proses suntikan vaksin di PPV bergerak menggunakan bas MARA Liner di RKT Paloh, Gua Musang.
Abdul Rahman (kanan) meninjau proses suntikan vaksin di PPV bergerak menggunakan bas MARA Liner di RKT Paloh, Gua Musang.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Kelantan/Terengganu, Shafie Abas dan Pengurus Besar KESEDAR, Dr Shahrir Mohammad Zakey serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin, ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff.

Menurutnya, PPV bergerak ini akan dibawa masuk ke kawasan-kawasan kampung dan pedalaman bagi menjayakan PICK melibatkan orang asli, warga emas, gelandangan, orang kelainan upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah (B40).

Beliau berkata, kemudahan PPV bergerak MARA Liner itu mampu melakukan suntikan ke atas 1,000 penerima dalam tempoh setiap hari kerana dilengkapi dengan kemudahan terbaik termasuklah doktor dan jururawat berpengalaman serta terlatih.

Abdul Rahman berkata, sehingga kini KPLB mempunyai 18 buah PPV bergerak MARA Liner yang telah digerakkan dalam menjayakan PICK.

"Kita ada 30 buah bas kesemuanya untuk PPV bergerak ini. Jika ada pihak-pihak yang memerlukan mereka boleh memaklumkan perkara ini kepada KPLB dan kami akan menyediakan perkhidmatan itu," katanya.

PPV bergerak menggunakan bas MARA Liner merupakan inisiatif baharu diperkenalkan oleh KPLB dalam menjayakan PICK.
PPV bergerak menggunakan bas MARA Liner merupakan inisiatif baharu diperkenalkan oleh KPLB dalam menjayakan PICK.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, KESEDAR turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada golongan warga emas, OKU dan golongan B40 yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke PPV bagi suntikan vaksin.

Beliau berkata, perkhidmatan yang dikenali sebagai [email protected] itu merupakan antara inisiatif dalam merancakkan lagi PICK sekali gus meningkatkan tahap imuniti kelompok.

Menurutnya, selain itu pihaknya turut memberikan bantuan makanan asas kepada 500 penerima dari golongan B40 bagi meringankan beban ketika berdepan pandemik Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!