X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

9,105 kes Covid-19 hari ini

Malaysia merekodkan 9,105 kes baharu Covid-19 hari ini. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 kekal melepasi paras 9,000 selama tiga hari berturut-turut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 9,105 kes pada Ahad.

Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 836,296 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 4,682 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541) dan Johor (392).

“Kedah pula merekodkan sebanyak 382 kes, Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), Sarawak (270), Pulau Pinang (243), Perak (207), Kelantan (150), Labuan (54), Putrajaya (49), Terengganu (38) dan Perlis (1),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah baharu dilaporkan, terdapat 18 kes import dan 9,087 merupakan penularan dalam negara membabitkan 7,438 warga tempatan manakala 1,649 warga asing.

Sementara itu, beliau memberitahu, terdapat sebanyak 87,841 kes aktif termasuk 961 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

"Seramai 455 pesakit pula memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam kenyataan sama, katanya, 91 kes kematian direkodkan membabitkan 86 rakyat tempatan dan lima warga asing.

Beliau berkata, kes kematian itu melibatkan 34 kes di Selangor, Kuala Lumpur (21), Negeri Sembilan (12), Melaka (8), Johor (6), Pahang (3) dan Kelantan (2).

“Selain itu, masing-masing satu kes di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Labuan. Justeru, jumlah keseluruhan kes kematian ialah 6,158 kes,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, seramai 5,194 pesakit telah pun sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan dicatatkan ialah 742,297 kes.

Menurutnya, sebanyak 13 daripada 19 kluster baharu yang dikenal pasti merupakan kluster tempat kerja.

“Lima membabitkan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. Jadi, jumlah keseluruhan kluster di negara setakat ini ialah 3,077.

“Bagaimanapun, 2,212 kluster daripadanya telah pun diisytiharkan tamat dan 865 kluster lagi masih aktif,” kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!