Covid-19: Satu lagi kluster rumah panjang dikesan di Sarawak

Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak pada Sabtu menjadikan jumlah kluster aktif di negeri itu berjumlah 100.
Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak pada Sabtu menjadikan jumlah kluster aktif di negeri itu berjumlah 100.
A
A
A

KUCHING - Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak pada Sabtu menjadikan jumlah kluster aktif di negeri itu berjumlah 100.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, Kluster Sungai Setajam merupakan kluster komuniti melibatkan sebuah rumah panjang di Sungai Setajam, Jalan Bulat di daerah Sarikei.

“Sejumlah 184 individu disaring dan 75 individu didapati positif Covid-19 termasuk kes indeks, manakala 109 individu didapati negatif,” menurut JPBN dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, sebanyak 352 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak.

JPBN juga memutuskan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti masing-masing di daerah Bintulu dan Meradong.

PKPD di Kuarters Pekerja, Ladang Sebubu, Jalan Pesisir Bintulu bermula Jumaat hingga 22 Julai, manakala di Rumah Panjang (Rh) Rantie, Ulu Strass, Bintangor Meradong mulai Sabtu hingga 26 Julai. - Bernama

Artikel Berkaitan: